Saturday, 28 January 2012

My Dream until now..

Inilah peluang besar kepada mereka yang berminat menceburi kerjaya sebagai juruterbang. Lebih banyak juruterbang baru diperlukan bagi menampung jumlah penumpang udara yang semakin bertambah dengan mendadak dalam masa beberapa tahun akan datang.

Terdapat 3 cara bagaimana seseorang itu boleh menjadi seorang juruterbang iaitu:-

1. Menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan 
2. Membiayai sendiri lesen PPL, CPL dan Frozen ATPL
3. Memohon kemasukan ke program kadet dengan PPL sahaja.

Cara pertama adalah paling sukar kerana lebih kurang 1% calon sahaja yang akan berjaya. Sebagai contoh, permohonan program kadet juruterbang British Airways mencapai sehingga 10,000 permohonan tetapi hanya 100 orang sahaja yang akan berjaya pada peringkat akhir. Hanya calon yang terbaik sahaja akan terpilih.

Cara kedua adalah lebih mudah berbanding cara pertama jika ibu bapa anda mampu menampung yuran pengajian anda. Biasanya yuran utk mendapatkan Frozen ATPL di Malaysia adalah lebih kurang RM 240,00 hingga RM 300,000. Dengan Frozen ATPL, anda tak perlu mencari kerja, tapi syarikat penerbangan yang akan menawarkan pekerjaan kepada anda.

Cara ketiga sesuai bagi mereka yang mendapat keputusan ‘kurang cemerlang’ dalam SPM dan kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dapatkan lesen PPL sahaja. Kos pengajian lebih kurang RM 40,000 (bergantung kepada sekolah penerbangan) dan mengambil masa 4-6 minggu. Dengan PPL sahaja anda sudah layak mendapatkan tempat untuk ditemuduga bagi menyertai program kadet. Biasanya calon yang mempunyai PPL lebih mudah terpilih kerana dapat menjimatkan kos latihan yang akan ditanggung pihak syarikat.

Mengapa cara ketiga lebih mudah bagi mereka yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik?

Sebagai contoh:

Zul merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Ali pula mendapat keputusan ‘atas pagar’ sahaja. Tetapi sementara menunggu keputusan SPM, Ali telah mengambil kursus PPL (Private Pilot Licence) selama beberapa minggu manakala Zul hanya duduk di rumah atau bekerja sambilan.

Selepas mendapat keputusan SPM, Zul dan Ali membuat permohonan ke program juruterbang kadet di syarikat X. Zul mempunyai kelebihan SPMnya manakala Ali pula mempunyai PPL. Siapakah yang lebih mudah terpilih?

Semestinya Ali. Mungkin anda tidak percaya, bukan? Ini kerana pihak penaja dapat mengurangkan kos pembiayaan latihan juruterbang kadet jika mereka memilih Ali. Ali sudah mempunyai latihan asas juruterbang dan hanya perlu mengikuti kursus lanjutan iaitu CPL (Commercial Pilot Licence) dan Frozen ATPL (Airlines Transport Pilot Licence).

Berbanding Zul yang mempunyai SPM sangat cemerlang tetapi kerana tidak mempunyai asas penerbangan, beliau lebih sukar terpilih kerana pihak penaja perlu menanggung kos latihan PPL.
Like It? Press The Like Button Ya..^^

This Is Coco Mira's Territory